Ads

Friday, November 2, 2012

Cara mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja

Dikarang oleh Aveyn Toh


Kebelakangan ini, masyarakat kita sering dikejutkan dengan berita-berita kejadian jenayah dalam kalangan remaja. Kebanyakan kes jenayah, seperti merompak, meragut, memeras ugut, merogol, mengedar dadah dan juga membunuh, melibatkan pemuda pemudi yang merupakan harapan negara. Pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah dapat diibaratkan seperti duri dalam daging. Sebelum luka menjadi parah, sebelum retak menjadi belah, beberapa langkah yang proaktif harus diambil untuk menangani masalah ini.

            Masalah kegiatan jenayah oleh remaja dapat dibendung jike ibu bapa dapat meluangkan masa untuk memberikan didikan kepada anak-anak. Generasi muda perlu diberi bimbingan yang dilengkap oleh ibu bapa sejak kecil lagi seperti peribahasa Melayu, melentur aur biarlah dari waktu rebungnya. Minda kanak-kanak yang parasnya sesuci Nabi mudah diasuh supaya menjauhi kegiatan jenayah. Ibu bapa sendiri haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana bapa borek, anak merintik. Janganlah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Salah satu cara ibu bapa dapat mengurangkan penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah adalah dengan mengawasi dan memantau perilaku dan gerak-geri anak mereka. Hal ini harus dititikberatkan kerana pendidikan bermula dari rumah. Oleh itu, terbuktilah bahawa peranan ibu bapa dalam usaha membendung kes jenayah yang melibatkan remaja sangat penting.

            Penekanan terhadap pendidikan agama dan nilai-nilai murni harus diberi keutamaan kerana pendidikan agama yang kukuh dapat dijadikan perisai untuk melindungi remaja daripada dipengaruhi oleh unsur negatif. Seseorang yang menjadikan agama sebagai landasan pembina akidah yang mantap, dapat menangkis ancaman kemasukan gejala yang tidak sihat lalu mampu mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kegiatan jenayah. Contohnya, seseorang remaja akan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi jika diberi pendidikan agama yang secukupnya. Dengan ini, remaja itu tidak akan terbabit dalam kes jenayah.

            Selain itu, remaja haruslah pandai memilih rakan-rakan sebaya. Hal ini demikian kerana rakan sebaya penting untuk mempengaruhi seseorang remaja. Jika mereka tersalah pilih rakan, mereka pastinya terikut-ikut dengan kelakuan yang buruk lalu terjebak ke jalan yang sesat. Rasulullah pernah bersabda, “Seandainya seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, dia akan turut berbau wangi tetapi jika berkawan dengan tukang besi, badannya turut berbau hangit.” Natijahnya, memilih rakan sebaya yang baik amatlah penting bagi mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja.

            Kesimpulannya, kegiatan jenayah haruslah dibendung dengan segera supaya masalah ini tidak melarat, ibarat kudis menjadi tokak. Saya menyarankan supaya semua pihak bekerjasama untuk menangani masalah ini kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Mudah-mudahan, langkah-langkah yang dikemukakan tadi dipraktikkan dan bukan tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja. Lantaran itu, saya berpendapat bahwa semua rakyat harus berganding bahu untuk menyelamatkan remaja yang merupakan nadi penggerak wawasan negara, daripada kancah jenayah. Akhir kata, hayatilah serangkap pantun yang berbunyi,

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak berkata;
Jika kes jenayah bermaharajalela,
Terbantutlah pembangunan negara kita.

Dikarang oleh
Aveyn Toh


"Rmb!! No plagiarism~ if want to use my materials, ask me first... Oh and I scored an A in BM for my SPM :) Thanks to my great and inspirational BM teacher who retired early to pursue his new career as a poet." S.Y.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Check out my review on his collection of poems here - trust me, it's really good: http://aveyntoh-blog.blogspot.com/2013/07/to-rime-and-to-rhyme.html

Buy his poems without even looking at the review here (you're awesome! xD but seriously, go read the review first before deciding): http://www.lulu.com/spotlight/4sati

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

For more written works by me - essays, short stories, and proses/poems (mostly English), you can go to my new Scribd account at http://www.scribd.com/AveynToh. :) I'll be putting up more stuff there and, once I've written a summary for each of my essays/ short stories, I'll be replacing the 'cover page' image with the summary, so it's fair to the buyers :)

P/S: I'm so overdue on my summary :P I'll get it up ASAP... which in my case is like 100 years later :P Anyway, do leave a comment as well! - Like any aspiring author/poet/ a writer of anything, I crave attention and acknowledgement for my work. ;) Thank you.

(wow, you read all of the wall of text above? Kudos! Give yourself a pat on the back ;) )

5 comments:

  1. Is writing a pantum at the end of the karangan will help on getting better grades?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not just adding a pantun, you will need to write like a (no racism intended) Malay.

      This means adding a passable self-made pantun, add in plenty of Malay idioms in suitable places, use words like 'saudari-saudara' instead of 'tuan-tuan dan puan-puan' (for ceramah-type essays, for example), and many other little stuff that, when used appropriately, may upgrade your essay.

      I wish I could help you further by sharing the notes that my BM teacher gave to my class. However, somehow, those papers were lost.

      Delete
  2. Hey Avelyn,
    Can I share your essay with my friends? we have this assignment to read up essays on certain topics and i was wondering whether i can copy paste this and send it to my batch email and include it with the other pile of essays my teacher suggested we read up. i hope you don't mind. I'll include your name and blog name with it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure, that's exactly why I put my essay up on my blog :) I'm glad you like it.

      Delete
  3. I must admit, I was surprised that you're not a Malay yet, you can make a wonderful essay. Thanks. I'm going to use this for my work xD Nice essay of course.

    ReplyDelete